ARTIKEL

nukilan MUSTAFFA SIRAJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUSTAFFA SIRAJ ialah penulis kelahiran Johor ini menulis sejak tahun 1983. Karyanya tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Sinar Harian dan pelbagai majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan puisi beliau ialah Sejalur Restu, Tinta Kencana dan Mercu Gemerlap. Buku umum beliau ialah Tokoh Islam Inspirasi Ummah, Kembara Di bumi Allah dan Kisah Ibrah Penjana Ummah.  

BAHTERA  KEHIDUPAN

Pada sejalur perjalanan

merentasi selaut pancaroba

onak dan duri merata

gelora tidak berkesudahan.

Titipkan ketabahan hakiki

agar bahtera tenang dilayari

tidak gentar dilambung gelombang

mengerah kudrat menumpah keringat

Usah alpa dibuai nikmat

atau tunduk menyerah kalah

sisip semangat pejuang nusa

berundur selangkah jauh sekali.

KITA DIRIKAN MENARA SUSILA

Kita dirikan menara susila

dengan menatang warisan leluhur

membaja ketertiban dan kemurnian

hindari prasangka dan hasad

hingga ke puncak persada.

Kita bangunkan gapura kerukunan

dengan mendayung biduk persefahaman

mengimbangi neraca keadilan

meminggir jumud dan kebencian

menjunjung amanat bestari.

KITA YANG MELIHAT

Kekadang sukar dimengerti

pelbagai dimensi dan realiti

suka duka kehidupan

buana kian dimamah derita.

Gema keinsanan bercempera

di antara deru dan nafas

pergulatan dan sengketa

hingga menghanyut kesusilaan

meranap teguh peradaban

Ayuh bangkit semula

nyalakan obor manusiawi

gemerlap meniti dasawarsa

BERITA LAIN

SELAMAT HARI PEKERJA, KAKI DAN TANGAN

SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Melibatkan diri dengan penulisan cerpen dan seterusnya sajak dan novel. Mula menceburkan diri dalam penulisan di akhbar tempatan pada

Isteri aku, namanya Diam

JONG CHIAN LAI AKU, punyai tujuh perasaan dan satu akal. Kerana tujuh perasaan itu, aku menjadi gadis gelandangan. Yang merayau di tepi jalan beralaskan selipar

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

BERITA TERBARU