ARTIKEL

Nukilan Osman Zaini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OSMAN Zaini Guru Besar SK Segali, Simunjan. Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, IPG Kampus Sarawak, Miri selain mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beliau Naib Presiden 2 Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (Pekasa) dan Setiausaha Agung Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).

Aura Jaya

Aura jaya 

meresap di atma

tatkala bersama mereka 

antara insan bitara 

di pentas juang 

ilmu dan kepimpinan

anak watan 

pertiwi berjasa.

Kudekati mereka

“mencuri” aura 

gaya dan minda 

intelektual figura

untuk kucipta 

dalam diri kerdil 

yang tiada apa-apa.

Aura jaya 

semoga menjelma 

dalam sisi-sisi kecil

diriku yang kerdil

sebagai bekalan 

dan baktiku 

kepada arena pendidikan 

nusa, bangsa dan agama. 

Pusat Konvensyen Borneo 

Kuching • 26 Ogos 2022.

Mereka

Beramei santuni mereka 

anak bangsa nusa 

yang ceria dan mekar jiwa

melakar kehidupan

di medan juang 

gedung ilmu. 

Aku bersama mereka 

dalam rasa akrab 

dan ikhlas atma 

bersama menelusuri 

satu kembara 

yang juangnya sama 

demi ilmu 

yang akan mekar 

di mercu jaya. 

Dewan Mini SK Segali

1 September 2022.

Bakti

Mengharum 

semangat dan jiwa 

terus tekal di gedung jasa

dalam teguh memintal bakti 

demi lestari jaya pendidikan nusa.

Bilik Datu Merpati Jepang 

SK Segali

22 September 2022.

BERITA LAIN

Alam sajak dalam sajak

PENYAIR dan sajak tidak dapat dipisahkan. Penyair umpama seorang ibu yang menghamilkan benih idea dan ilham sebelum melahirkan sesebuah sajak dan mencintainya seperti anak kandungnya

Selamat Hari Pekerja, Kaki dan Tangan

SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Melibatkan diri dengan penulisan cerpen dan seterusnya sajak dan novel. Mula menceburkan diri dalam penulisan di akhbar tempatan pada

Isteri aku, namanya Diam

JONG CHIAN LAI AKU, punyai tujuh perasaan dan satu akal. Kerana tujuh perasaan itu, aku menjadi gadis gelandangan. Yang merayau di tepi jalan beralaskan selipar

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

BERITA TERBARU