ARTIKEL

NUKILAN RAJA ABDUL RAHMAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

RAJA ABDUL RAHMAN HAJI RAJA BASOK anak kelahiran Muar, Johor Darul Tazim. Beliau menulis sejak 1984 sehingga 2004 dalam genre puisi. Beliau kembali semula ke gelanggang penulisan puisi, cerpen dan novel pada 2016. Cerpen beliau tersiar dan dimuatkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Berita Harian, Utusan Borneo, New Sabah Times, Harian Ekspres, Suara Sarawak dan majalah Mingguan Wanita. Karya turut diterbitkan dalam antologi Cerpen Hujan, Kalis Janji dan Sonata Rindu. Belau menghasilka empat kumpulan puisi, dua novel dan sebuah kumpulan cerpen. Beliau penerima Anugerah Sastera Johor 2019 (cerpen) dan 2021 (puisi).

IKTIKAF DI MASJID NABAWI 

Beriktikaf di Masjid Nabawi

kuhitung manik satu-persatu

talbiah tasbih tahmid takbir tahlil

air mata genang tertumpah 

khilaf diukir silih berganti

dari baligh hingga menua

lohong dosa penuhi ruang

Kau tidak pernah jemu

mendengar suara rintihan 

kamus dosa kukuh bersarang.

Bertasbih di Masjid Nabawi

langit Madinah saujana hamparan

desah hembusan nafas ditanam 

biar melata tumbuh bercahaya

kusemai pohon-pohon keampunan

biar menjadi rendang di alam sana

selawat atas Rasulullah kekasih-Mu  

moga didengar memohon syafaat 

ketika berhimpun di padang Mahsyar.

Madinah al-Munawwarrah

MASJIDILHARAM TIDAK PERNAH TIDUR

Dahi mencecah permaidani harum semerbak  

gigil seluruh anggota hukumkan diri di rumah-Mu

azan berkumandang memecah perut bumi barakah   

beriktikaf di Masjidilharam penuh keinsafan

pekikan dalam hati lantunan doa penuh tawaduk  

setiap tapak kaki seakan tinggalkan jejak harapan  

setiap bayang makin jelas menjadi arca nyata

hati semakin rakus meronta terus memuji-Mu.

Masjidilharam ganjaran beratus ribu pahala

usia meremang kesempatan ini dirampas

sentiasa bertafakur istiqamah bermunajat

lantunan ayat suci hidupkan nadi iman 

selawat rindu kekasih-Mu damaikan jiwa raga. 

Ya Allah ar-Rahman ar-Rahim al-Malik al-Qudus 

syukur undangan-Mu menjadi Dhuyufurrahmanair

mata kesyukuran tidak dapat ditakung 

mohon kepada-Mu mendengar suara hati 

sepanjang berada di tanah suci Haramain.    

Makkah al-Mukarramah.

KAKU DALAM PENCARIAN

Hati terasa sunyi di kalung keresahan    

jiwa kosong dalam batil emas bercahaya  

kala mencari erti kepercayaan  

kaku seluruh anggota dan denyutan nadi 

tiba-tiba rindu datang bertegur sapa  

membuka setiap liang roma pencarian  

aku ingin bermakrifat seperti ahli sufi  

memohon-Mu menanam syariat dalam diri     

dapat bertarekat dengan-Mu sepenuh hati.

Ya Rahman ya Rahim

 hamba-Mu penuh longgokan dosa  

setiap detik kupahat dosa dalam catatan    

Malaikat Atid asyik mencatat amal burukku

Malaikat Malik tersenyum di pintu neraka

 aku tandus iman di dada

ketika syaitan riang memujuk

kaku mengenang lembaran hitam

terseksa lelah di perbaringan

jika ini kafarah dan ujian-Mu

kuharungi berbekal kudrat tersisa

jauh di sudut hati aku berharap

diriku menagih keampunan-Mu.

Hotel Silver Hayatt as-Salam

Madinah.   

BERITA LAIN

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

Puasa Pertama Aariqin

AIRUL AFFENDI ALI “Ayah, betul ke kalau tak puasa, tak boleh raya?. Soal Aariqin dengan dahi berkerut sambil matanya mulai mendung. Aku tersenyum. Buku yang

BERITA TERBARU

PBB China sokong Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan