ARTIKEL

NUKILAN SHAA ZAINOL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Shaa Zainol anak kelahiran Pulau Pinang.

Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa, UUM dan Diploma Perniagaan Antarabangsa, KPM Seri Iskandar. 

Mula menulis dari zaman persekolahan dan kembali mengorak langkah sebagai penyair dan penulis motivasi pada 2021. 

Karya beliau termuat dalam beberapa antologi, antaranya antologi Secawan Kopi dan antologi Puisi Mencintai dengan Sederhana. 

Karya beliau juga tersiar di Berita Harian, Dewan Tamadun Islam, Tunas Cipta dan Tukang Puisi. 

Beliau turut menghasilkan kumpulan puisi Teruntuk Hati Yang Terluka bersama dua sahabat aksara.

Menjadi diriku

Adalah pesta-pesta

yang segan silu berhadapan

dengan rumah keramaian.

Adalah neon-neon

yang sering kali bersengketa

mahu meneduhi bayang.

Meskipun begitu, menjadi diriku

ialah rama-rama kembara

pada kaki bianglala

yang mahu mengikat angkasa.

Nibong Tebal, Pulau Pinang.

24 Mei 2022.

Wanita gemalai bahasa

Gemalai wanita pada tari bahasanya

selembut suara diulung pujangga

hingga tersulamnya sukma menjadi sutera

dari lautan benang, berkelim rama-rama.

Jadilah wanita yang berbicara cinta

akan citra yang menuntun urna bangsa

dan menjadi mestika kencana

tidak lekang dari indah pesonanya.

Bahasa memayungi mahkota

bersama adat dan adab sejahtera

dari keamatan perasaan dan darah

seorang wanita pustaka.

Nibong Tebal

1 Jun 2023.

Secawan kopi buatmu pejuang

ingatkah seorang kesateria

khatijah sidek yang setia

puteri kemekaran bangsa

berbekalkan titik darah bergula 

– seorang wanita

inginku lakarkan secawan kopi

dari bijian asli mewangi

bagaikan keharuman jiwanya

yang lantang bersuara 

– dendangan ibu merdeka

Pulau Pinang.

11 Ogos 2022.

LAIN-LAIN BERITA

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

Nukilan HAZIQ AHMAD ZAKI

Haziq Ahmad Zaki Mohamad Zulkipli merupakan penulis, deklamator dan aktivis teater istimewa. Berasal dari Kuching, Sarawak. Mendapat pendidikan sijil dan diploma di Kolej Agama Madrasah

Menjual kolera

CLAYTON ROBERT bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak.Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia, Berita Minggu,

Sanggar Puisi

MERSARAWAK 31 Julai 2023 Sadong Jaya, Sarawak Di muara kasih Aku masih di sini memintal buih di kuku senja menghapus bayangku sendiri kerana di sana

Lampu putih

KARYA: MARYAM MAZLAN KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM “MAI, kaulah yang pandu kereta, aku pening sangat ini. Nak buka mata pun tak larat rasanya.” Telapak

Silau kemarau

ABANG MEDIAN ABANG SAID SMK MARUDI, BARAM Silau kemarau mengelupas panas tanah merekah lembah kering terpokah dedaun kekuningan bergulungan layu tupai berdecit berlompatan mencari buah

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian