ARTIKEL

Nukilan udaksan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ABANG Hut Abang Engkeh atau nama penanya Udaksan dilahirkan di Kampung
Bungey Debak, Saribas, Sarawak. Beliau ahli seumur hidup Persatuan Karyawan Sarawak (Pekasa). Beliau peneraju Angkatan Karyawan Saribas (Aksar) bermula 2022. Sehingga kini beberapa puisi beliau
dimuatkan dalam beberapa antologi seperti Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Sarawak, Antologi Intifadah Palestin, Antologi Sonian Tujuh, Antologi Semarak Rindu IAB 2021, Antologi Puisi Politik Bila YB Dipalu Kompang dan Antologi Hujan Kata 2, Antologi Pesta Sonian 8 dan Antologi Jendela Yang Enggan Tertutup. Di samping itu beberapa puisi beliau disiarkan di akhbar Suara Sarawak, Jurnal Pemuisi dan Buletin Kembara Sastera. Kumpulan 100 Puisi: Mencari Tapak ialah
kumpulan puisi sulung beliau yang diterbitkan oleh Pustaka Dewan Beta, Kelantan.
Beliau turut meminati genre cerpen, novel dan kritikan sastera.

SELOKA RAMADAN

Diriku sekadar menyusun kata

untuk nasihat diri nan alpa

bulan Ramadan bulan mulia

rebutlah peluang cari pahala

sebelum fajar kita bersahur

itulah sunnah nabi yang masyhur

Baca lain  RUMAH PUSAKA DEPAN BARUH

dirikan subuh secara jamaah

Mengelak diri menjadi lemah

sepanjang hari adab dijaga

supaya puasa jadi sempurna

luangkan masa membaca Quran

agar terbina kekuatan iman

lebihan rezeki bahagi-bahagikan

kerana itu perintah Ar-Rahman

Zohor Asar dilupa jangan

walaupun sibuk wajib didirikan

bila senja telah berlabuh

masa berbuka jangan gelojoh

Maghrib dan Isya jangan dilupa

malam nanti tarawih bersama

qiam malam kita tambahkan

Khusyuk munajat mohon keampunan

susunan kataku berhenti di sini

semoga manfaat kepada diri

Kuching.

RAMADAN INI AKU 

MERINDUI KALIAN

(mengingati saudara sedarahku)

Hj Abang Habib Hj Abang Nawi

Dyg Rabiah Abg Amban

Hjh Dayang Ida Hj Abang Abai

Abang Ahmad Hj Abang Abai

Aku nukilkan di laman puisiku nama-nama kalian saudara

sedarahku, biar semua orang tahu kita bersaudara. Kita dari

leluhur yang sama, dari nasab yang sama, dari jurai yang sama. 

Aku khabarkan di dada puisiku, kepulangan kalian

kepangkuan-Nya, kekasih nan mulia. Lalu

perpisahan kita selamanya. Aku dan semua saudara kita

Baca lain  Inilah Bidadari Untukku

reda dengan perpisahan ini meskipun pedih di lubuk hati.

Teruskanlah kembara kalian di sana. Itu ketentuan-Nya.

Aku lakarkan di tembok puisiku, kesepian nan terasa bila kalian

telah tiada. Sepinya aku pabila kalian tidak lagi bersama di

bulan nan mulia. Tiada lagi senyum mesra ketika kita berbuka

bersama. Tiada lagi riuh salawat ketika kita bertarawih bersama.

Tiada lagi merdu suara ketika

kita bertadarus bersama. Tiada dan tiada lagi. Apa daya dan

upayaku kerana perpisahan itu kehendak-Nya yang Maha Kuasa.

Aku lukiskan dikanvas puisiku, kerinduanku di Ramadan ini.

Betapa di Ramadan ini rindu memucak. Rindu senyuman

kalian. Rindu kemesraan kalian. Rindu gelak tawa kalian.

Rindu gurau senda kalian. Kini segalanya sudah tiada, yang tinggal

hanya kenangan. Kenangan manis yang tidak tergambarkan.

Ya! Tidak tergambarkan.

Aku panjatkan di mimbar puisiku, doa nan kudus lagi syahdu.

Semoga kalian tenang dan bahagia di sana. Dirahmati dan

diredai roh kalian oleh-Nya. Aku dan semua sanak-saudara

akan menyusul pabila tiba sampai waktu dan ketikanya.

Baca lain  HUJAN JATUH KE PASIR

Tidak lewat sesaat pun. Tidak juga awal

sedetik pun. Itu janji-Nya, rab pemilik maya pada.

Sungguh pada Ramadan ini aku merindui kalian. Rindu kepada

yang telah tiada. Rindu yang tiada penghujungnya.

Petra Jaya, Kuching.

INDAHNYA RAMADAN

Indahnya Ramadan

persis purnama

menyinari buana

Indahnya Ramadan

umpama salju

menyejukkan kalbuku

Indahnya Ramadan

bak wangi bunga

mengharumkan segala

Nikmati indahnya

bulan mulia

pasti engkau terfana.

Kuching.

BERITA LAIN

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,