ARTIKEL

Nukilan ZULKIFLI MOHAMED

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ZULKIFLI MOHAMED ahli seumur hidup persatuan penulis bawah naungan Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Beliau menulis puisi secara eceran di beberapa majalah seperti Al-Islam, URTV, Karya, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Bahasa. Karya beliau turut tersiar di akhbar WilayahKu, Suara Sarawak, Harian Ekspres, Berita Harian Ahad dan Mingguan Malaysia. Selain itu, karya beliau terbit dalam lebih 52 antologi puisi. Bersama-sama tiga penulis, karya beliau terbit dalam kumpulan puisi Kamar Tresna Figura Maya dan Cinta Adalah Sebuah Hamparan Sepi. 

MASA KECIL (II)

Ingatan ini terlipat pada helaian lalu

seperti gula-gula kapas

manis dari musim-musim kita

di dalamnya cerita hujan dan lumpur

di dalamnya cerita ultraman dan raksasa

ibu masih jelita dan gagah

adik-adik berkelahi merebut mainan.

Di padang berpasir hitam

semua kita mengejar bulat sebiji bola

di parit berair keruh

kita semua menangguk anak-anak ikan

di hujung malam yang larut

kita selalu mimpikan segala impian

tiada sekatan membatas.

Dalam lipatan ini

semua yang aku miliki

adalah kenikmatan yang pernah

dipinjamkan waktu.

Kemaman.

PEREMPUAN DARI KEPINGAN SURAT

tanpa patuh kepada suratan

surat-surat tidak diundang

tetap dikirimkan

bait-baitnya enggan selesai

tatkala senja ini

menyisir wajah hari

yang ingin disampulkan

ke daerah malam

lupuskan alamat

pada daftar tulismu itu

Terengganu.

DIA LAKI-LAKI DI MATA KITA

Dia, aku jumpa di mana-mana sahaja.

Di tepi kaki tar bersama rajut air – kadangnya plastik kosong berlipatan tanpa apa-apa.

Ketika lainnya, dia kelihatan hebat – melepaskan kepulan kretek sambil berkata-kata kepada dahan pokok yang terbiar di laluan sampah.

Benar dia berdialog sambil tangan ke atas – salahnya, kerana lori majlis bandaran lewat tiba.

Dia laki-laki yang sama, hari ini rupanya lebih bersih dari hari-hari lainnya. Tentu aku tak tahu, siapakah mandikannya.

Atau ada malaikat menyamarkan diri – dikutipnya laki-laki ini, lalu dibersihkan dengan air kolah tempat imam berwuduk.

Suatu pagi lainnya, laki-laki ini datang saat aku sarapan. Kiri kanan tangannya, penuh rajut – aku lihat dengan teliti, semua ada kuih-muih dan nasi bungkus.

Masih ada manusia yang sayangnya. Tuan kedai tak menunggu lama, dirajutkan sebungkus teh ais – diberikan kepada laki-laki ini.

Diambil, gerak ke luar – terus baling ke tanah sambil berkata-kata tanpa difahami.

Mungkin laki-laki ini inginkan kopi ais.

Dunia ini tidak seperti kita gambarkan.

Aku tidak tahu apa kisah sebenar kamu.

Laki-laki yang pernah meminta RM5 dari aku – katanya, “esok, saya bayar bang!”

Kemaman, Terengganu.

BERITA LAIN

Alam sajak dalam sajak

PENYAIR dan sajak tidak dapat dipisahkan. Penyair umpama seorang ibu yang menghamilkan benih idea dan ilham sebelum melahirkan sesebuah sajak dan mencintainya seperti anak kandungnya

Selamat Hari Pekerja, Kaki dan Tangan

SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Melibatkan diri dengan penulisan cerpen dan seterusnya sajak dan novel. Mula menceburkan diri dalam penulisan di akhbar tempatan pada

Isteri aku, namanya Diam

JONG CHIAN LAI AKU, punyai tujuh perasaan dan satu akal. Kerana tujuh perasaan itu, aku menjadi gadis gelandangan. Yang merayau di tepi jalan beralaskan selipar

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

BERITA TERBARU