ARTIKEL

NURELYANA BAHRIN JUARA DEWI REMAJA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

»Selebriti mestilah mempunyai disiplin yang tinggi, mudah bekerjasama dan sentiasa merendah diri.

Demikian kata juara Dewi Remaja 2023 , Nurelyana Bahrin, 21, atau Nurel setelah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi peserta pertama dari Sarawak merangkul gelaran juara sejak rancangan realiti itu diperkenalkan pada 1985.

“Sudah semestinya saya sangat gembira, kedua-dua berita menjadi fi nalis dan sekali gus juara disertai dengan linangan air mata kegembiraan.

“Saya tak pernah terfi kir menjadi juara kerana beranggapan fi nalis lain jauh lebih hebat dan berbakat.

“Namun, saya sentiasa fokus dan membuat setiap tugasan dengan teliti agar tidak melakukan kesilapan,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Prestasi cemerlang gadis berdarah campuran MelayuArab ini membuktikan dia layak menggenggam kejayaan tersebut pada setiap minggu pentas HeroDewi Remaja.

Nurel sentiasa berpegang kepada kata-kata motivasi bahawa impian boleh menjadi kenyataan dengan usaha dan semangat yang tidak pernah kenal erti putus asa.

TERIMA TAWARAN

Malah, Nurel menyifatkan kemenangan tersebut sebagai batu loncatan apabila pihak pengurusannya menerima beberapa tawaran menjadi model, pelakon dan tawaran lain, namun masih dalam peringkat perbincangan.

“Minat saya dalam bidang seni sejak di bangku sekolah rendah — menyertai Petra Studio, kakak merupakan penari dan saya sentiasa ikut menyertai latihan untuk berjinak-jinak menari di hadapan khalayak ramai.

“Kerana minat, saya terus mencuba nasib untuk pergi uji bakat hari pertama di lokasi pertama selepas menamatkan semester akhir.

“Secara kebetulan, saya ternampak iklan uji bakat ketika berada di Kuala Lumpur dan tidak melepaskan peluang keemasan tersebut,” ujarnya. Nurel menjadikan pelakon terkenal Bront Palarae sebagai sumber inspirasinya dalam kerjaya lakonan.

Dia turut berkongsi kenangan manis sepanjang menyertai pertandingan apabila terpilih menjadi aktres terbaik pada episod ketujuh.

Biarpun pernah berasa berputus asa kerana semua tugasan bukannya mudah, namun Nurel kuatkan semangat menamatkan tugasan dengan jayanya kerana tidak mahu menghampakan keluarga dan penyokong di Bumi Kenyalang.

“Keluarga terutama ibu, abang dan kakak banyak memberi dorongan sehingga berjaya.

“Biarpun keluarga memberi sokongan penuh dalam dunia seni ini, saya banyak menghabiskan masa dengan belajar

. “Keutamaan saya masih lagi sebagai pelajar, jadi kerjaya seni hanya dilakukan apabila cuti semester,” katanya yang sentiasa mengutamakan pendidikan.

SELEBRITI SERBA BOLEH

Nasihat Nurel untuk anak muda di luar sana agar timbalah ilmu dengan sebanyak mungkin untuk berjaya.

“Untuk kekal relevan dalam industri seni, Nurel mahu mencabar diri menjadi selebriti serba boleh.

“Bukan hanya dalam bidang lakonan, malah bidang penyiaran radio, pengacaraan, tarian dan nyanyian,” dedahnya.

Besar harapan Nurel untuk terus berkecimpung dalam bidang seni sepenuh masa dan mampu bersaing secara sihat dengan anak seni lain dalam industri seni tanah air

LAIN-LAIN BERITA

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Kongsi pengetahuan, pengalaman

KUNJUNGAN hormat Pengarah Ikmas, Hanifuddin Roslan, ke Pusat Penerangan Islam (IIC) disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Dr Asmah Othman. Pengurus Bahagian Penyelidikan dan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

BERITA TERBARU