ARTIKEL

Nuriddin, Shitembi tonik baharu Kuching City

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tonik tambahan buat Kuching City FC dalam mengharungi baki perlawanan kempen Liga Super 2023 dan Piala Malaysia 2023.

Dengan kehadiran dua import baharu, Nuriddin Davronov, 32 (pertahanan/Tajikistan) dan Shitembi Petrus, 31 (Namibia/penyerang).

Ketua Pegawai Eksekutif, Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan, kedua-dua import baharu itu menggantikan Julian Schwarzer Garcia (penjaga gol) dan Dechi Marvel (penyerang).

“Kita harap kedua-dua import baharu itu dapat menambah kekuatan di dua posisi berbeza dalam pasukan selepas ini,” ujar Iswandi.

Nuriddin Davronov tiba pada Jumaat lalu dan sempat diturunkan penghujung saingan menentang Sabah FC aksi buka tirai Piala Malaysia 2023 Sabtu lalu.

Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak belum dapat rumusan terhadap kelibat sebenar Nuriddin Davronov.

“Nuriddin Davronov dan Shitembi Petrus memerlukan masa memyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

“Saya percaya tiada masalah buat kedua-duanya menyesuaikan diri, tambahan pula masih ada masa seminggu sebelum kami turun menentang Sabah FC untuk aksi timbal balik Piala Malaysia 2023 di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 19 Ogos nanti,” ujarnya.

BERITA LAIN

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU