ARTIKEL

Nurul Izzah raih emas kedua di ACC India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, meneruskan rentak cemerlangnya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 dengan meraih pingat emas kedua di New Delhi, India hari ini. 

Pelumba berusia 19 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga dengan merakam masa 34.388 saat (s) untuk mengungguli aksi final 500 meter ujian masa di Velodrom Indira Gandhi. 

Beliau mengetepikan cabaran pelumba Korea Selatan, Hwang Hyeon-Seo, yang mencatat 34.802s untuk pingat perak manakala gangsa menjadi milik Luo Shuyan dari China dengan 34.958s.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan pelumba kelahiran Kedah itu mengubati kekecewaannya pada tahun lepas apabila sekadar meraih perak dalam acara itu.

Semalam, Nurul Izzah mencipta sensasi dengan menamatkan kemarau 12 tahun tanpa emas negara dalam acara keirin apabila muncul juara acara itu pada ACC 2024. 

Sementara itu, Muhammad Ridwan Sahrom sekadar menamatkan aksi final acara 1 kilometer ujian masa di tempat keempat keseluruhan dengan catatan 1:02.452s.

Pingat emas dimenangi pelumba China, Li Zhiwei, menerusi catatan masa 1:00.875s diikuti Minato Nakaishi dengan 1:02.101s untuk memenangi perak manakala gangsa milik pelumba Kazakhstan, Kirill Kurdidi, yang mencatatkan 1:02.406s. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU