ARTIKEL

Harrison (kiri) menerima cenderamata daripada Raden semasa kunjungan di Bandar Pontianak, semalam. - Foto: Osman Razali

Nusantara tuntut kolaborasi ekonomi lebih besar antara Indonesia dan Sarawak – KJRI Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK: Susulan perpindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara, ia akan menjadi pengaruh besar bukan sahaja kepada Indonesia, bahkan kawasan Borneo secara keseluruhan.

Sehubungan itu, penting bagi Indonesia dan Sarawak mewujudkan langkah ke depan, tegas Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini pun, pihaknya sangat menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (UMKM) agar lebih aktif.

“Untuk mempromosikan UMKM dari Kalimantan Barat, Kalimantan Utara khususnya, mereka sudah dilibatkan dalam beberapa siri program (pameran) di Kuching serta bahagian lain di Sarawak termasuk Miri.

“Justeru, kali ini kita meneruskan kolaborasi tidak hanya dengan pihak di Kalimantan Barat, tetapi juga dengan Konsulat Malaysia di Pontianak.

“Pada masa akan datang (berkemungkinan Julai), akan ada agenda serupa di Pontianak.

“Maknanya kita (KJRI) sekali lagi akan menyokong usaha mempromosikan UMKM, sektor perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan serta produk-produk bukan hanya di sisi Sarawak, tetapi Kalimantan Barat, termasuk Singkawang, Pontianak dan Temajuk.

“Langkah ini menjadi ‘twin destination programme’ dan kalau di Sarawak, ada Teluk Melano dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pertemuan dengan Gabenor Kalimantan Barat, Harisson Azroi di Kediaman Rasmi Gabenor Kalimantan Barat, semalam.

Tambahnya, harapan terbesar pastinya di Kalimantan Barat kerana ia bersambung terus dengan Sarawak melalui tempat pemantauan dan perkhidmatan rentas sempadan (PLBN).

“Kita akan menggalakkan laluan itu, sama ada dari segi kedatangan orang mahupun kenderaan, juga untuk produk.

“Maka, manfaat daripada Tebedu dengan Entikong kita harap dapat dioptimumkan.

“Ia antara perkara yang dibincangkan bersama-sama Harisson dan beliau menyatakan, maklum balas sangat positif,” tambahnya.

Harrisan (tengah) kelihatan mendengar dengan tekun perkara yang disampaikan oleh Raden (kanan) dalam pertemuan di Bandar Pontianak, semalam. – Foto: Osman Razali

Dalam maksud sama, katanya lagi, agenda membantu usahawan UMKM akan terus diperluaskan ke seluruh Borneo sebagai salah satu galakan pelancongan antara Indonesia dan Sarawak.

Menurutnya, ia merupakan agenda dua hala bagi mempromosikan kawasan tarikan pelancongan, sektor perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan serta produk-produk.

“Sehubungan itu, kita KJRI di Kuching menjalin kolaborasi bersama-sama Konsulat Malaysia di Pontianak dengan sokongan pemerintah Kalimantan Barat dan berhasrat untuk memperluaskan usaha membantu UMKM menerusi Forum UMKM se-Borneo,” ujarnya.

Beliau terdahulu merasmikan Forum UMKM se-Borneo yang disertai hampir 50 usahawan UMKM.

Sebaik selesai, beliau bersama-sama rombongan dan Konsul Malaysia di Pontianak, Azizul Zekri Abd Rahim mengadakan pertemuan dengan Harrison sebelum makan tengah hari.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU