ARTIKEL

Obesiti selepas raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya.

Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya pertama, ditambah pula tradisi rumah terbuka yang menghidangkan lambakan makanan dan minuman.

Itulah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita sejak bertahun-tahun kebelakangan ini.

Usaha mengurangkan berat badan sepanjang Ramadan lalu sia-sia.

Ada yang kehilangan 3 kilogram (kg) pada penghujung Ramadan, tetapi bertambah sehingga 5 kg pada penghujung Syawal.

Ada juga yang kehilangan sehingga 7 kg, namun kebiasaannya 4 hingga 5 kg.

Yang pasti ada yang bertambah berat badan sejak pertengahan Ramadan lagi, garagara gemar berbuka ala lepas geram yakni, ‘balun habis’ lauk-pauk di atas meja.

Selepas makan, bagaikan ular sawa kekenyangan… malah ada yang banyak menghabiskan masa dengan tidur sepanjang Ramadan menyebabkan fizikal semakin bulat.

Bagi yang mempunyai metabolisme tinggi, mungkin tiada masalah.

Realitinya jika dimanfaatkan sebaik mungkin sepanjang Ramadan sehingga Syawal dan seterusnya impian untuk menguruskan badan atau berat badan ideal tercapai.

Bagi yang sudah kurus tidak timbul isu tersebut, kerana bagi mereka tiada yang perlu dirisaukan tentang obesiti… namun ada juga kalangan orang yang kurus mahu sedikit berisi.

Yang pasti, pelbagai petua mengurangkan berat badan daripada pakar atau orang kebanyakan yang boleh dipertimbangkan, mengikut kesesuaian dan keupayaan masingmasing.

Ada yang mengatakan, kita boleh kehilangan 7 hingga 8 kg jika mengamalkan disiplin tinggi sepanjang Ramadan.

Antaranya, berbuka ala kadar, dan mengelak makan malam atau makan sebelum tidur.

Ia akan membantu anda lebih berselera ketika sahur.

Dan yang penting, sembahyang sunat tarawih 20 rakaat sepanjang Ramadan.

Jangan sesekali tidur selepas berbuka.

Oleh itu sebaiknya berbuka ala kadar dan bersiap sedia untuk tarawih.

Menurut, salah seorang ustaz di Kuching, sembahyang tarawih 20 rakaat sangat banyak manfaat dari segi kesihatan dan mental… lebih-lebih lagi jika bacaan imam satu juzuk satu malam, yang mengambil masa sekitar 1 jam 40-50 minit baru selesai.

Katanya, ia hendaklah dilakukan secara konsisten sepanjang Ramadan, atau sekurang-kurangnya 20 hingga 25 hari.

Selain itu, ujarnya, ruang masa yang sangat sesuai untuk mengurangkan berat badan ialah sepanjang tempoh tiga bulan Islam berturut-turut, iaitu Syaban, Ramadan dan Syawal.

Contohnya sasarkan kehilangan 2 kg pada Syaaban, 5 kg pada Ramadan dan 2 kg pada Syawal.

Ia bermakna anda kehilangan 9 kg sepanjang tiga bulan.

Katanya lagi, diet ketat bukanlah cara terbaik untuk mengurangkan berat badan… jangan tak makan, rugi.

Tapi makanlah dengan kuantiti sederhana atau sedikit.

Kalau nak makan lebih, silakan, tapi jangan selalu, misalnya sekali seminggu atau sekali dua minggu.

Masalahnya kebanyakan orang kita “makan lebih” hampir setiap hari menyebabkan sangat sukar untuk mengurangkan berat badan. Amalkan makan mengikut jadual masing-masing.

Misalnya sarapan pada jam 7 pagi, makan tengah hari jam 1, dan makan malam pada jam 7.30 atau 8.00.

Kalau boleh elakkan makan malam… gantikan dengan minum petang sekitar jam 5 atau 6.

Pastikan makan banyak ketika sarapan dengan pengambilan makanan yang sesuai, diikuti makan sederhana pada tengah hari, dan sangat sedikit pada sebelah malam.

Baru-baru ini saya berjumpa rakan lama yang berusia penghujung 50-an, setelah hampir 20 tahun tidak bertemu.

Agak mengejutkan, beliau kelihatan masih segak, dan sekali pandang, belum lagi menampakkan ciri-ciri warga emas.

Saiz pinggangnya kekal 32, daripada usia 20-an hingga kini.

Malah berat badannya turut kekal dalam lingkungan 64-68 kilogram, yakni berat ideal, dengan ketinggian sekitar 5 kaki 7 inci.

Oleh itu kebanyakan baju lama dan seluar lama masih boleh dipakai.

“Jika jarum timbangan menunjukkan angka 70 kg… saya akan cepat-cepat mengurangkan pemakanan, dan menambahkan minit senaman.

“Pernah suatu ketika berat saya mencecah 75 kg, tetapi saya cepat bertindak, dan berjaya mengurangkan hingga 5 kg dalam sebulan,” ujarnya.

Katanya, untuk mengekalkan berat badan ideal, dan jarang demam atau sakit memerlukan pengorbanan.

“Sebenarnya tidak mudah untuk mengekalkan berat badan… ia bergantung kepada rutin kehidupan harian kita, apa yang kita buat dan apa yang kita makan” dedahnya.

“Saya akui sangat suka makan, namun kena tahan juga… jangan makan berlebihan, terutama ketika Hari Raya Aidilfitri.

“Saya sentiasa belajar untuk menyekat selera besar, tetapi sekali-sekala tidak mengapa… namun jangan sesekali menjadikan ia sebagai rutin.

Mula-mula sangat susah nak tahan selera tambah makanan, tapi jika sudah biasa, tiada masalah,” ujarnya.

Menurutnya senaman dan pemakanan harus seiring, malah adalah amat penting untuk mengambil makanan seimbang, terutama sayur-sayuran dan buahbuahan.

Pesannya; “Kita makan untuk hidup, dan kita juga hidup untuk makan, apatah lagi negara kita adalah ‘syurga makanan’ di dunia.

Rugi jika tidak menikmatinya… tetapi biarlah berpada-pada.”

Tip dan amalan beliau ialah ‘senaman dan pemakanan’ tidak boleh dipisahkan, harus bergandingan dengan baik.

Elakkan diet ketat, sehingga menyeksa diri.

Tidak perlu bersenam setiap hari, memadai tiga hingga lima kali seminggu, secara konsisten… satu sesi sekitar satu jam hingga dua jam, bergantung kepada situasi dan keadaan, terutama cuaca.

Namun secara minimum, 45 minit cukup.

Katanya, kalau tidak larat berlari, atau joging, berjalan kaki sahaja, tetapi ada tekniknya, langkah biar besar sedikit dan agak laju, baru ada kesan, ataupun berjalan di kawasan berbukit, lagi baik kesannya.

Bersenam di gimnasium pun bagus juga, mungkin untuk sekali-sekala, mengubah susana senaman.

Yang pasti, persekitaran tempat tinggal dan pekerjaan sangat mempengaruhi aktiviti senaman.

Tinggal di kawasan bandar, dan jadual kerja yang agak ketat, menyukarkan kita untuk menyusun jadual senaman.

Misalnya turun kerja seawal pagi dan pulang jam 6 atau 7 malam.

Pada 2022 Malaysia direkodkan sebagai negara yang mempunyai bilangan penduduk gemuk tertinggi di Asia sejak 2015.

Sebanyak 33 peratus rakyat di negara ini berlebihan berat badan dan 18 peratus mengalami obesiti.

Jika ibu bapa obes, anak pula berisiko 13 kali ganda obes.

Kawal berat badan dan bersenam mampu kurangkan risiko diabetes.

Statistk Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2018 juga menunjukkan Malaysia menjadi sebuah negara obes kerana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan.

Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia juga menunjukkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak negara ini adalah kedua tertinggi di Asia selepas Brunei.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Februari 2020 memperlihatkan betapa kritikalnya permasalahan ini berikutan obesiti telah mencapai peringkat epidemik secara global, dengan sekurangkurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana lebihan berat badan atau obes.

Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2020 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes, bahawa 30.4 peratus merupakan berlebihan berat badan, manakala 19.7 peratus adalah obes.

Menurut Data World Population Review (2022), prevalens orang dewasa yang obes di Malaysia adalah yang tertinggi di negara Asia Tenggara sebanyak 15.6 peratus diikuti Brunei (14.1 peratus), Thailand (10.0 peratus) dan Indonesia (6.9 peratus).

Faktor penyumbang kepada masalah obesiti boleh dibahagikan kepada empat faktor utama iaitu (i) pemakanan, (ii) aktiviti fizikal, (iii) persekitaran, (iv) genetik dan (v) faktor lain seperti penyakit, tekanan dan ubatan.

Dua faktor utama ialah dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal.

Menurut pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia (UPM); secara dasarnya, pengambilan makanan memberi tenaga yang diperlukan tubuh badan.

Namun, pengambilan makanan berlebihan yang tidak disertai penggunaan tenaga melalui aktiviti fizikal menyebabkan tenaga berlebihan ini disimpan sebagai lemak di dalam badan. Ia salah satu punca utama kegemukan.

BERITA LAIN

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

BERITA TERBARU

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

Emosi cedera

SAYA percaya ketika kita masih kanak-kanak, kita pernah mengalami situasi tidak sabar untuk melangkah ke alam dewasa. Dalam minda kita ketika kecil, sering kali berfikir

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen