Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Objek disyaki serpihan roket China di Samalaju, ada radiasi rendah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Objek besi separa bulat berbentuk ladam kuda ditemui di dalam lubang pada kedalaman kira-kira empat inci di Samalaju.

BINTULU : Objek besi dipercayai serpihan roket milik China yang dijumpai di Samalaju, semalam dikesan mempunyai bacaan radiasi yang rendah.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, hasil pemeriksaan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan HAZMAT, bacaan radiasi adalah sekitar 0.05Sv/per jam menggunakan meter survei.

Objek besi separa bulat berbentuk ladam kuda ditemui di dalam lubang pada kedalaman kira-kira empat inci di Samalaju.

“Pihak AELB (ATOM) mengambil objek tersebut jam 5.17 petang untuk tindakan selanjutnya.

“Kita juga melakukan pemeriksaan susulan bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar selamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan Batholomew Umpit berkata, objek besi separa bulat berbentuk ladam kuda itu ditemui di dalam lubang pada kedalaman kira-kira empat inci, pada jam 9.00 pagi.

Lokasi itu katanya, kini dipantau rapi dan pihak polis menasihati orang ramai agar tidak berada berhampiran tempat kejadian kerana dibimbangi mengandungi bahan radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan.

Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan HAZMAT sedang melakukan pemeriksaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru