ARTIKEL

Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas dinyalakan di Olympia, Greek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Obor Sukan Olimpik Paris 2024 mula dibawa ke Perancis selepas upacara tradisi menyalakannya berlangsung di Olympia, Greek, tempat di mana Sukan Olimpik bermula suatu masa dahulu, lapor  Agensi Anadolu.

Kali pertama digunakan dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1936 di Berlin, 100 pembawa obor akan membawa api itu sejauh 5,000 kilometer melalui 41 bandar selepas belayar di laut di atas kapal layar, Belem.  

“Pada Paris 2024, dengan lebih dua bulan bertemasya tanpa gangguan, kita hidup dalam pengembaraan hebat bersama, di semua wilayah dengan jutaan rakyat Perancis di belakang Sukan ini,” katanya yang memetik kata-kata Tony Estanguet, Presiden Paris 2024 di lawan sesawang Olympics.com.

Kami mahu membuatkan orang bermimpi, kami mahu menunjukkan Perancis yang bersinar. Kami bertuah untuk mendapat sokongan kuat dari semua rantau,” katanya.

Larian berganti-ganti Obor Olimpik itu akan bermula di Perancis pada 8 Mei ini selepas obor yang berapi itu tiba di Marseille.

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 merupakan acara terbesar yang dianjurkan di Perancis.

Baca lain  Serangan AS terhadap Houthi cecah 60 sasaran

Sukan Olimpik itu akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Lawrence Wong perdana menteri baharu Singapura

SINGAPURA: Lawrence Wong pada Rabu, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu negara kota itu, setelah Lee Hsien Loong berundur selepas dua dekad memegang jawatan itu.

100 anggota keselamatan cedera

NOUMEA: Seramai dua terbunuh, manakala ratusan lagi cedera dengan kedai dirompak dan bangunan awam dibakar semasa malam kedua rusuhan di New Caledonia, kata pihak berkuasa

Rakyat Palestin rai ulang tahun Nakbaa

RAFAH: Puluhan ribu orang awam telah melarikan diri dari bandar Rafah di selatan Gaza menjelang ancaman serangan darat Israel, ketika rakyat Palestin pada Rabu menandakan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan