Drama Obsesi Dia diinspirasi daripada novel The Witness karya Suhailah Selamat yang disiarkan di slot Samarinda TV3 mulai 5 Julai 2023.
Drama terbitan Saphire Screen, arahan Eoon Shuhaini ini menampilkan gandingan Zahiril Adzim, Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman dan ramai lagi.
Ulang tahun ke-18 Affi yah bertukar tragedi apabila dia secara tidak sengaja menjadi saksi pembunuhan.
Takut menjadi mangsa seterusnya, Affi yah diugut oleh pembunuh berjaket hitam dan berjanji merahsiakan peristiwa tersebut daripada orang lain.
Affi yah ketakutan didesak oleh ibunya untuk menceritakan peristiwa yang disaksikannya.
Akhirnya, Affi yah menceritakan tentang peristiwa tersebut dan ibunya bertekad membuat laporan polis.
Hal ini sampai ke pengetahuan si pembunuh dan bertindak untuk membunuh ibu Affi yah.
Sejak itu, Affi yah takut orang sekelilingnya dibunuh dan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan segala rahsia pembunuhan tersebut.
Namun, rahsia mula terbongkar satu per satu oleh orang sekeliling Affi yah.
Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan?
Berjayakah si pembunuh ditumpaskan?
Jangan lupa saksikan drama Obsesi Dia setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam dan strim langsung di www. tonton.com.my.