ARTIKEL

OCBC Bank komited bantu murid luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Murid dan guru sekolah luar bandar di SK Binyu Padawan di sini, kini mempunyai persekitaran lebih selesa untuk belajar, hasil sumbangan berjumlah RM39,520 daripada OCBC Bank cawangan Kuching.

Hasil sumbangan itu membolehkan kerjakerja untuk menaik taraf dewan sekolah dapat dilaksanakan.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG,) Abdul Shukur Mohd Jusa berkata pada tahun lepas, sekolah yang dibina pada 1967 itu memohon bantuan kewangan daripada OCBC Bank bagi mewujudkan persekitaran selesa untuk aktiviti perkembangan para murid.

“Dengan bantuan OCBC Bank, dewan utama yang digunakan untuk perhimpunan dan aktiviti sukan kini mempunyai jubin lantai dan bumbung logam yang sempurna serta lebih selamat digunakan murid dan guru selepas kerja pengubahsuaian selama dua bulan.

“Dewan sekolah kini mempunyai ruang secukupnya untuk menempatkan para murid semasa menjalankan aktiviti sekolah serta perhimpunan pagi.

“Kami gembira melihat dewan baharu ini dan bersyukur dengan keprihatinan dan kemurahan hati OCBC Bank, begitu juga Kelab Rotary Kuching yang tampil untuk membantu,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca lain  Industri penerbangan tidak akan dapat kurangkan terlalu banyak kos

Tambah beliau, penambahbaikan itu sudah tentu membawa manfaat untuk jangka yang panjang bagi memastikan perkembangan berterusan para murid di sekolah tersebut.

Sementara, Pengurus Kanan OCBC Bank Cawangan Kuching, Jessie Lim berkata pihak OCBC berusaha untuk melibatkan diri dengan masyarakat setempat, bukan sahaja menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang unggul tetapi juga memenuhi keperluan sosial insan.

“Persekitaran pembelajaran yang selesa dan lengkap adalah penting untuk kejayaan akademik para murid.

“Jadi kami berharap kerja naik taraf ini menyediakan persekitaran lebih mesra pembelajaran.

“Selain itu, kami juga terhutang budi kepada Kelab Rotary Kuching kerana memanjangkan permohonan itu daripada sekolah kepada kami,” katanya.

Tambahnya, sebagai bank yang sudah lebih 90 tahun menggalakkan insan dan komuniti mencapai aspirasi masing-masing, OCBC Bank terus komited membantu penduduk setempat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan, membina masa depan lebih lestari.

Sebelum itu, kakitangan OCBC Kuching turut mengumpulkan sumbangan berjumlah RM2,000 dalam kalangan mereka untuk membekalkan alat tulis kepada 86 murid di sekolah terbabit.

Baca lain  Tambah penerbangan Johor-Sibu

Selain itu, beg sekolah turut diagihkan kepada 42 murid di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), daripada keluarga berpendapatan rendah

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh