ARTIKEL

SANTUNI... Para peserta bergambar di dewan baharu sekolah.

OCBC Bank naik taraf dewan SK Binyu Padawan dengan sumbangan RM39,520

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Kota Samarahan: Seramai 86 pelajar dan 11 guru sekolah luar bandar, SK Binyu Padawan, di sini kini menikmati persekitaran pembelajaran dan aktiviti yang lebih kondusif.

Hasil sumbangan sebanyak RM39,520 daripada OCBC Bank (Malaysia) Bhd menerusi cawangan Kuching telah digunakan untuk menaik taraf dewan sekolah tersebut.

Pada tahun lepas, sekolah itu, yang dibina pada tahun 1967, menghubungi OCBC Bank untuk membantu menaik taraf dewan utamanya supaya ia lebih kondusif bagi aktiviti pembangunan pelajar.

Dengan bantuan bank itu, dewan utama yang digunakan setiap hari untuk perhimpunan dan kegiatan sukan menjalani transformasi selama dua bulan, dan kini memiliki jubin lantai dan bumbung besi yang elok selain lebih selamat bagi pelajar dan guru.

“Ia menyeronokkan untuk melihat dewan yang begitu baharu.

“Kami berterima kasih kepada OCBC Bank di atas kemurahan hati mereka dan bantuan Kelab Rotary Kuching juga kerana membantu kami.

“Dengan bantuan Wan Hui Renovation Company, kerja menaik taraf dewan sekolah dilakukan dengan cepat.

Baca lain  26 daerah berstatus merah, tiga kluster baharu diisytiharkan hari ini

“Kami pasti ini akan banyak membantu memastikan pembangunan berterusan pelajar kami,” kata Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Abdul Shukur Mohd Jusa.

Pengurus Kanan OCBC Cawangan Kuching, Jessie Lim, pula berkata bank itu menyantuni masyarakat dengan melangkaui produk dan perkhidmatan perbankan untuk memenungi keperluan sosial mereka juga.

“Persekitaran belajar yang selesa dan lengkap amat penting bagi kejayaan pelajar dalam akademik.

“Kami berharap kerja naik taraf ini akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif bagi mereka,” katanya.

Sebelum ini, kakitangan OCBC Kuching mengutip derma berjumlah RM2,000 dalam kalangan mereka untuk menyediakan alat tulis bagi 86 pelajar selain beg sekolah bagi 42 pelajar di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), iaitu program bagi pelajar sekolah rendah luar bandar dari kumpulan berpendapatan rendah supaya mereka ada makanan pada waktu rehat setiap hari.

BERITA LAIN

MAS sudah kembali beroperasi

KUCHING: Malaysia Airlines kini memulakan operasi pengembalian semula penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

BERITA TERBARU