ARTIKEL

OCBC, MEESty perkukuh kerjasama pembiayaan tenaga bersih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: OCBC Bank (Malaysia) Berhad dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) ingin meningkatkan komitmen terhadap pembangunan sumber tenaga bersih dan mampan.

Dalam mesyuarat strategik, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Pengarah Urusan OCBC Malaysia Tan Ai Chin, membincangkan peluang itu, dengan Kumpulan OCBC menyokong projek tenaga boleh diperbaharui dan mampan melalui pembiayaan hijau dan mampan.

Tan dalam satu kenyataan berkata Kumpulan OCBC komited untuk memanfaatkan kepakaran kewangannya bagi memupuk pertumbuhan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui di Sarawak.

“OCBC Malaysia juga memainkan peranan sebagai Rakan Institusi Kewangan Eksklusif untuk Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) yang akan datang.

“Acara ini dijadualkan pada 10 hingga 12 Jun 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). “Kami percaya perkongsian seperti ini memainkan peranan penting dalam memberi impak bermakna dalam inisiatif kemampanan Sarawak bagi merealisasikan matlamat ekonomi hijau rendah karbon dan inklusif,” katanya.

Tambah Tan, usaha perintis kumpulan itu menerusi pentrukturan hijau khas yang memenangi anugerah, adalah penting dalam menyokong rakan kongsi perniagaannya ke arah ekonomi sifar bersih.

Jelasnya, perkongsian eksklusif untuk APGH 2024 mengukuhkan lagi komitmen OCBC dalam memperjuangkan agenda tenaga boleh diperbaharui dan memacu inovasi di rantau ini.

APGH 2024 merupakan anjuran Borneo Business Connect Sdn Bhd dengan kerjasama MEESty dan disokong oleh Business Events Sarawak (BESarawak).

Ia dijangka menarik penonton global, termasuk 100 peserta pameran, 500 delegasi persidangan, 50 penceramah dan 4,000 pelawat perdagangan dari negara seperti Jepun, Korea, Wilayah Nordik, Chile, Brazil, Jerman, Itali dan Sepanyol.

Persidangan itu bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan pembangunan ekosistem yang bertenaga untuk usahawan muda di Sarawak, sejajar dengan komitmen rantau ini untuk memperkasa belianya melalui peluang pelaburan dalam pekerjaan hijau bernilai tinggi. 

BERITA LAIN

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri

Capai aspirasi negeri maju

SERIAN: Program Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Hidrogen and Tech Safari 4.0, menjadi platform kepada komuniti setempat dalam berkongsi maklumat dengan agensi serta industri pemodenan

BERITA TERBARU