ARTIKEL

OIC bakal bersidang bincang konflik Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ANKARA: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan bersidang di Jeddah, Arab Saudi pada Rabu untuk membincangkan situasi terkini di Sudan.

“Jawatankuasa Eksekutif OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Rabu, 23 Mei 2023, di ibu pejabat Sekretariat Agung di Jeddah, untuk membincangkan situasi di Sudan,” memetik kenyataan bertulis pertubuhan dunia itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, berkata mesyuarat berkenaan  mencerminkan kesungguhan pertubuhan untuk membantu memulihkan keadaan keselamatan dan kestabilan di negara yang dilanda konflik itu, lapor Agensi Anadolu.

Beliau menggesa pihak yang bertelagah untuk mengadakan gencatan senjata secara kekal dan mengadakan dialog bagi membolehkan proses politik diteruskan dan demi memelihara keselamatan rakyat serta negara. 

Pada Isnin, anggota tetap Liga Arab turut mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah, ibu negara Mesir, bagi membincangkan situasi terkini di Sudan.

Pertempuran bersenjata meletus pada 15 April antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, menyaksikan sekurang-kurangnya 528 orang terbunuh dan lebih 4,500 lagi cedera.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, satu tindakan yang disifatkan sebagai “rampasan kuasa”.

Baca lain  India hadkan eksport bawang

Tempoh kerajaan peralihan yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir dijadualkan berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024.– BERNAMA

 

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,