Trending

OIC beri amaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

ISTANBUL: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Sabtu memberi amaran konfrontasi agama berikutan serbuan Israel ke atas kompleks Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Keganasan semakin memuncak di seluruh wilayah Palestin sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid al-Aqsa dan memaksa jemaah keluar selama dua malam berturut-turut pada Selasa dan Rabu.

Serangan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan dilancarkan selepas provokasi berkenaan dan Israel bertindak balas dengan serangan udara, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat agung luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC, kumpulan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pasukan dan pendatang Israel yang berulang kali menyerbu masjid itu.

OIC meminta Israel bertanggungjawab atas sebarang akibat hasil tindakan provokatif, menerusi serangan kejam yang sistematik, provokasi yang disengajakan dan hasutan untuk mencetuskan konfrontasi agama.

Organisasi yang berpangkalan di Jeddah itu menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, untuk mengambil tindakan segera dan langkahlangkah yang perlu bagi menghalang dan menghentikan provokasi Israel dan semua langkah dan dasar haram yang menjejaskan bandar alQuds dan kesucian Masjid al-Aqsa tanpa pilih kasih. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru