ARTIKEL

A worker of the UN Relief and Works Agency for Palestine Refugees (UNRWA) inspects damage to the rooftop of an UNRWA-run school that was previously hit by Israeli bombardment in the Nuseirat camp in the central Gaza Strip on June 7, 2024 amid the ongoing conflict in the Palestinian territory between Israel and Hamas. (Photo by Eyad BABA / AFP)

OIC kutuk serangan Zionis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Israel susulan serangan ke atas sebuah sekolah UNRWA yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza.

Serangan pada Khamis mengakibatkan sekurangkurangnya 40 orang awam terbunuh dan beberapa lagi cedera, kebanyakan adalah wanita dan kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan, OIC memaklumkan pihaknya menganggap kejadian itu sebagai lanjutan daripada jenayah pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Semenanjung Gaza dan pelanggaran terangterangan terhadap peruntukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Konvensyen Geneva, resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, serta perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Organisasi itu juga mengalualukan keputusan Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres untuk memasukkan Israel, kuasa pendudukan dalam senarai pelanggar hak kanakkanak dalam konflik bersenjata atau yang dikenali sebagai “List of Shame”.

Ketua badan dunia itu menganggap ia adalah langkah penting untuk menyokong kedaulatan undang-undang antarabangsa dan menamatkan budaya kekebalan terhadap jenayah perang Israel serta memastikan keadilan bagi mangsa, warga Palestin.

OIC menyeru masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu untuk mengambil tanggungjawab mereka dan berusaha menghentikan serangan tentera Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin.

Ia seterusnya menggesa agar langkah-langkah serius diambil untuk memastikan bahawa pelaku jenayah perang dan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dibawa ke muka pengadilan. – Bernama-WAF

BERITA LAIN

PM Thailand disahkan positif COVID-19

BANGKOK, Thailand: Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, mengesahkan semalam bahawa beliau positif COVID-19. Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan