Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Ola Bola The Musical pecah panggung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Malam pertama Ola Bola The Musical mendapat sambutan luar biasa dari warga Kuching.

Tempat duduk untuk sekitar 2000 penonton penuh, seawal jam 8 malam apabila pintu Stadium Perpaduan mula dibuka.

Turut hadir menyaksikan persembahan selama dua jam ialah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Muzikal yang bertemakan patriotisme ini diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina.

Ia diadaptasi dari filem Ola Bola, yang menceritakan kisah sebenar pasukan bola sepak negara yang berjuang gigih biarpun terdapat perbezaan untuk layak ke Sukan Olimpik 1980.

Antara nama besar yang beraksi malam ini termasuklah Altimet, Tony Eusoff, Iedil Putra, Nabila Huda dan Melissa Ong, Brian Chan, Uncle Wong (Alfred Loh) dan Muthu (Izzal Anuar).

TERUJA…Para hadirin sangat teruja dengan persembahan Ola Bola The Musical diadakan di Stadium Perpaduan, di sini, semalam.

HEBAT… Antara persembahan yang dilakukan oleh artis teater pementasan Ola Bola The Musical diadakan di Stadium Perpaduan, di sini, semalam.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru