ARTIKEL

Para atlet dan guru dari pasukan Rumah Neptune merakam gambar kenangan selepas dinobat selaku juara kali ini.

OLAHRAGA ANTARA RUMAH SUKAN SMK MT 2024Rumah Neptune raih gelaran juara hatrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sejarah penuh bermakna dilakar pasukan Rumah Neptune apabila muncul juara pada Kejohanan Olahraga Antara Rumah Sukan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang 2024.

Penyandang juara dua tahun berturut-turut itu menamatkan saingan dengan menggumpul 585.5 mata menerusi perolehan 13 pingat emas, 20 perak dan 24 gangsa.

Ia merupakan kejuaraan ketiga (2022, 2023, 2024) buat pasukan pilihan dalam kejohanan tahunan sekolah terbabit yang berlangsung selama tiga hari (18-20 Jun) di Stadium Unimas, Kota Samarahan.

Lebih manis, bintang sensasi Rumah Neptune, Mohd. Irfan Ahed diumum sebagai Olahragawan Terbaik 2024.

Dalam pada itu, tempat kedua milik Rumah Zuhal (556 mata), diikuti Rumah Uranus ditempat ketiga (539 mata), Rumah Utarid di tempat keempat (534 mata), Rumah Marikh ditempat kelima (451 mata), Rumah Pluto ditempat keenam (409 mata) dan Rumah Zuhrah di tempat ketujuh (353 mata).

Majlis penutupan rasmi kejohanan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Muara Tuang, Haji Nawi Som.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja