ARTIKEL

Olimpik Paris 2024: Lebih 60 peratus rakyat Perancis bimbang tahap keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Hampir dua pertiga rakyat Perancis bimbang kerajaan tidak dapat memastikan keselamatan Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor Sputnik, memetik agensi kaji selidik Elabe.

“Majoriti rakyat Perancis percaya bahawa Perancis tidak akan bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dari segi keselamatan (63 peratus) dan pengangkutan (58 peratus),” kata tinjauan pendapat itu pada Rabu.

Sebanyak 50 peratus lagi berkata mereka percaya Perancis bersedia menjadi tuan rumah kepada pelancong di Sukan Olimpik, manakala 49 peratus mengatakan sebaliknya.

Tinjauan itu juga mendapati hampir setiap rakyat Perancis yang lain (48 peratus) tidak begitu peduli terhadap Olimpik, manakala setiap pertiga (32 peratus) ragu-ragu.

Hanya 20 peratus berkata mereka berasa teruja tentang Paris menganjurkan temasya sukan musim panas itu.

Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 akan diadakan di ibu negara Perancis dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024. – BERNAMA

BERITA LAIN

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut

BERITA TERBARU

Hasrat Tariq jemput Jokowi ke majlis perkahwinan

PERSONALITI media sosial, Tariq Halilintar dan Aaliyah Massaid membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka yang dirancang pada tahun ini.  Bagaimanapun, Tariq berharap agar Presiden Jokowi

Pakai kasut tumit tinggi

“Saya rajin membaca artikel berkaitan pentas peragaan di Internet dan kerap menonton pertunjukan fesyen menerusi pelbagai program ratu cantik,” ujarnya. Selain itu, pada 2019 dan

Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan praktik penting BRI

BEIJING: Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan bakal menjadikan Kyrgyzstan sebagai sebuah negara transit yang mempunyai potensi amat besar, kata Perdana Menteri Kyrgyzstan Akylbek Japarov. Menurut Japarov, beliau turut