Trending

Olivia Jensen buka restoran makanan sihat, sedap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SELEBRITI Indonesia, Olivia Jensen kini mempunyai aktiviti baharu dengan membuka perniagaan dalam bidang kulinari.

Dia bakal membawa masuk restoran terkenal dari Australia untuk dibuka di Indonesia.

Menurutnya, idea ini tercetus ketika Olivia Jensen melancong ke Australia dan singgah makan di restoran tersebut. 

Bintang filem Not Ordinary Love itu mengakui jatuh cinta dengan menu ayam panggang asam pedas yang dihidangkan kepadanya.

“Jadi ini Capricho, saya francais dari Australia.

Saya makan ini di sana.

Saya suka dan saya tertanya-tanya mengapa Indonesia belum memilikinya.

Akhirnya saya berpeluang membawanya ke sini. 

“Sebab saya nak bawa makanan yang sihat dan lazat.

Sebab itu saya rasa inilah masa yang sesuai untuk dibawa ke Indonesia,” jelas artis campuran Batak dan Denmark ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru