ARTIKEL

Gambar fail BERNAMA

Oman tekad ratah Harimau Malaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KETUA jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy melaungkan amaran awal buat Harimau Malaya bahawa aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan ini adalah perlawanan yang sangat penting buat dirinya.

Pertembungan dengan Harimau Malaya menjadi ujian sulung buat bekas pengendali skuad kebangsaan Republik Czech itu selepas dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Oman pada awal bulan lalu.
Silhavy menggantikan Branko Ivankovic yang dipecat susulan prestasi buruk skuad Oman di pentas Piala Asia 2023, Januari lalu.

Hadir selaku pengendali baharu selain pernah membimbing pasukan Republik Czech dan beberapa kelab ternama negara itu, harapan tinggi kini diletakkan ke atas bahu Silhavy untuk memacu Oman kembali kepada prestasi terbaik.

Justeru, tidak hairan apabila Silhavy menyifatkan pertembungan dengan Malaysia dalam Kumpulan D bulan ini sebagai perlawanan yang sangat penting buatnya.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,