KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukan RM405 juta bagi pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 sebagai usaha membantu rakyat secara keseluruhannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pandemik Covid-19.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari berkata, sebanyak 11 langkah diperkenalkan di bawah BKSS 5.0 dalam tempoh enam bulan tahun ini dari Januari hingga Jun.
“Langkah pertama ialah diskaun bil elektrik bagi kegunaan domestik, Komersial dan industri sebanyak lima hingga 25 peratus.
“Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 642,000 isi rumah di seluruh Sarawa dengan kos keseluruhannya berjumlah RM166.2 juta akan dibiayai oleh Kerajaan GPS,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas BKSS 5.0 secara maya di sini hari ini.

Abang Johari kunjungi Tun Taib
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun