Op Benteng, pemandu lori bersama minuman keras tidak bercukai ditahan

KUCHING: Sebanyak 270 kotak minuman keras disyaki tidak bercukai dirampas berhampiran Jalan Belatok Taman Malihah semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata kesemua barangan itu dikesan hasil tindakan pemeriksaan Unit Risikan Marin (URM) terhadap sebuah lori Bonded sekitar jam 10.35 pagi.

“Lori terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan suspek ketika diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen daripada pihak Kastam terhadap kesemua minuman keras itu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati nilai keseluruhan minuman keras di dalam lori dianggarkan berjumlah RMRM20,060,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori bersama barangan termasuk lori telah dibawa ke pangkalan PPM W5 sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Jenayah Balai Polis Batu Kawa, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk tindakan lanjut.

Ujarnya kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

PERIKSA…Suspek berada di dalam lori bersama minuman keras yang disyaki tidak bercukai

Suara Sarawak