ARTIKEL

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata (dua kiri) bercakap pada sidang media di IPK Sarawak, di sini hari ini.

Op Dadu Khas: 133 individu ditangkap terlibat judi haram

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 133 individu ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram menerusi Op Dadu Khas.

Operasi tersebut dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak yang bermula 22 September hingga 5 Oktober depan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, dalam tempoh operasi tersebut, tangkapan ke atas 86 lelaki dan 48 wanita itu dibuat menerusi 129 serbuan terhadap judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen telah dibuat.

“Jumlah rampasan adalah wang tunai sebanyak RM20,493, seunit tablet, 126 unit telefon pintar dan 10 unit pencetak mudah alih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Mancha berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Katanya, jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak lebih dari RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan hendaklah juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Manakala katanya, bagi kesalahan di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih dari RM200,000 dan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjurkan dan menjalankan kegiatan perjudian haram berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di Kontinjen Sarawak.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian boleh menyalurkan maklumat tersebut melalui Hotline Whatsapp Op Dadu di talian 013-5253052,” katanya.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU