Op Perdana AADK berjaya jerat tiga kaki Syabu

BETONG: Tiga kaki Syabu di Betong berjaya dijerat sepasukan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Op Perdana yang dijayakan bersama oleh pejabat AADK negeri dan Daerah dekat sini, semalam.

Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Betong Sapini Jalani, operasi yang dilakukan dari 10.00 pagi sehingga 5.30 petang itu menahan tiga daripada tujuh lelaki tempatan yang diperiksa.

“Ketiga-tiga mereka dikesan positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

“Mereka berusia dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah, Rawatan dan Pemulihan1983.

Suara Sarawak