Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Op Selamat: 400 pegawai, anggota polis trafik bertugas di seluruh Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PANDU SELAMAT… Superintendan Bingkok John (dua kiri) menyampaikan beg dan risalah keselamatan jalan raya kepada seorang pengguna jalan raya sempena Op Selamat Ke-20 di stesen minyak Shell, Batu 17, Jalan Kuching-Serian. Turut kelihatan Pengurus stesen minyak Shell Chiang Hie Ming.

SIBURAN: Seramai 400 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak ditugaskan dalam Op Selamat Ke-20 sempena Hari Raya Aidilfitri ini di seluruh Sarawak bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata pegawai dan anggota yang bertugas turut menjalankan kempen dan advokasi keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.

Superintendan Bingkok John (kiri) ketika ditemui media di stesen minyak Shell, Batu 17, Jalan Kuching-Serian.

“Harapan kita supaya kes kemalangan jalan raya berkurangan dan semua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu,” katanya ketika ditemui selepas menjalankan advokasi dan mengedar risalah keselamatan jalan raya di stesen minyak Shell, Batu 17, di sini hari ini.

Sementara berhubung pembayaran saman, Bingkok mengingatkan orang ramai agar menjelaskan pembayaran saman masing-masing.

Katanya, pembayaran saman boleh dibayar di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) termasuk pembayaran dalam talian kecuali membabitkan perbicaraan dalam mahkamah.

Op Selamat Ke-20 bermula semalam sehingga 28 April ini yang menumpukan keselamatan pengguna jalan raya di samping memastikan rumah-rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

Baca lain  Pilih pemimpin bebas rasuah

Operasi turut memberi tumpuan ke atas 56 lokasi panas kemalangan di seluruh negeri iaitu di Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Bandaran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru