Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Op Selamat Ke-19: Kemalangan maut meningkat di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Op Selamat Ke-19 FOTO: Pdrm Sarikei FB
Op Selamat Ke-19 FOTO: Pdrm Sarikei FB

KUCHING: Jumlah kemalangan maut dikesan meningkat dalam tempoh tujuh hari Op Selamat Ke-19 yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata ia apabila sebanyak tujuh kematian direkodkan berbanding hanya dua kematian dalam Op Selamat Ke-17 pada tahun lepas.

“Pemandu dan penumpang kereta adalah golongan yang paling ramai terkorban dengan jumlah seramai tiga orang.

“Manakala dua kematian melibatkan pejalan kaki iaitu kes langgar lari yang berlaku di Serian dan Saratok, sementara satu kematian masing-masing melibatkan pengguna motosikal dan lori,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata sebanyak 355 kes kemalangan jalan raya direkodkan, yang turut menunjukkan peningkatan berbanding dari 288 kes pada Op Selamat Ke-17.

Menjelas lanjut, Mohd Azman berkata kemalangan di Jalan Bandaran menunjukkan peningkatan yang ketara dengan merekodkan sejumlah 155 kes diikuti Jalan Negeri (95 kes), Jalan Persekutan (72 kes) dan lain-lain jalan (33 kes).

Beliau berkata antara punca peningkatan jumlah kemalangan yang berlaku bagi tempoh tujuh hari Op Selamat Ke-19 ini adalah disebabkan faktor manusia iaitu kelalaian pemandu kenderaan sendiri seperti memandu melebihi had laju sehingga terbabas, bertembung dan langgar belakang.

Di samping itu, katanya kecuaian semasa memotong “Analisis menunjukkan kebanyakan kemalangan khususnya kemalangan maut berlaku semasa melalui selekoh dan terbabas akibat jalan licin terutamanya selepas hujan.

“Selain itu faktor mekanikal kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya,” katanya.

Selain itu, Mohd Azman berkata sejumlah 4,614 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai
kesalahan lalu lintas.

Op Selamat Ke-19 diadakan selama 10 hari, bermula 18 hingga 27 Januari ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2023.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News