ARTIKEL

Operasi cari Juong Emok diperhebatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memperhebatkan operasi mengesan seorang lelaki yang masih hilang selepas keluar rumah untuk pergi ke kebun berhampiran Rumah Panjang Kanyan Kenyarai, di sini, sejak Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu,Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, operasi meliputi radius tujuh kilometer dengan pasukan dibahagikan kepada lima kumpulan besar.

“Bagaimanapun pasukan SAR masih belum menemui sebarang petunjuk positif. Operasi semalam ditangguhkan pada jam 4.00 petang sebelum disambung semula hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian itu, Juong Emok, 52, dilaporkan berjalan kaki seorang diri pergi ke kebun dan dilaporkan tidak pulang ke rumah hingga hari ini.

Bomba menerima laporan berhubung kes itu pada jam 12.05 tengahari Sabtu sebelum melancarkan SAR bagi mengesan mangsa.

“Sehingga kini, pasukan SAR masih gagal mengesan keberadaan mangsa,” tambahnya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.