ARTIKEL

Operasi cari lelaki warga Indonesia hilang di perairan Pulau Bruit ditamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DARO: Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) hari ketiga nelayan Indonesia yang disyaki hilang di perairan Pulau Bruit ditamatkan pada jam 5 petang, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, keluasan sektor pencarian semalam merangkumi 95 batu nautika persegi di sekitar utara Pulau Bruit dan pesisir pantai.

“Keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian juga dalam keadaan baik dengan kelajuan angin 30 hingga 40 kilometer per jam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.5 meter.

“Dengan mengambil kira keluasan sektor pencarian, sehingga hari ketiga iaitu 168 baru persegi belum menemukan sebarang petunjuk baru, Op CARILAMAT ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ujarnya, sebanyak tiga aset telah diatur gerak dalam operasi ini, di samping melibatkan seramai 53 orang anggota pelbagai agensi penguat kuasa.

Tegasnya, operasi akan disambung semula sekiranya terdapat sebarang penemuan baharu.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai khususnya komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati, memakai jaket keselamatan dan digalakkan membawa ‘Personal Locator Beacon’ (PLB) ketika turun ke laut.

Tambahnya, jika terdapat sebarang maklumat salah laku dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

Op CARILAMAT giat dijalankan dan akan disambung semula sekiranya terdapat sebarang penemuan baharu.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta