ARTIKEL

Operasi dan pelaburan daripada CGS International lambang kepada hubungan perdagangan Malaysia-China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Operasi dan pelaburan berterusan daripada CGS International Securities Pte Ltd di Malaysia menunjukkan hubungan perdagangan Malaysia-China yang kukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata dengan memanfaatkan kekuatan masing-masing dan mengkaji peluang baharu untuk kerjasama, kedua-dua negara boleh meningkatkan lagi kerjasama dan memainkan peranan penting dalam menggalakkan kestabilan dan kemakmuran serantau, selain memaksimumkan potensi kerjasama ekonomi, perdagangan dan teknologi.

“Walaupun 50 tahun pertama telah menjadi saksi kepada banyak kejayaan kedua-dua negara, trajektori masa depan hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada kerjasama berterusan dan usaha untuk menggalakkan pembangunan mampan dan kemakmuran kedua-dua negara,” katanya pada pelancaran Penjenamaan Semula CGS International Securities Malaysia (CGS MY) semalam.

CGS MY hari ini memperkenalkan jenama baharu syarikat berikutan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam CGS-CIMB Securities (Malaysia) oleh China Galaxy Securities (CGS) pada 29 Dis 2023.

Pengambilalihan itu dijangka meningkatkan rangkaian CGS International di China dan ASEAN, terutamanya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand, selain menawarkan hubungan yang lebih baik kepada CGS MY dengan pelanggan serantau dan peluang pelaburan.

Lim berkata pada 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah RM450.84 bilion, mengukuhkan kedudukan China sebagai rakan dagang terbesar selama 15 tahun berturut-turut.

Sehingga Februari lepas, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah US$15.52 bilion.

Sehubungan itu, katanya beliau berharap inovasi yang lebih baik daripada kumpulan tersebut dan akses serantau lanjutan berikutan CGS International menjadi pintu masuk kepada bukan sahaja pelabur China dan antarabangsa yang ingin melabur dan/atau beroperasi di Malaysia tetapi juga kepada pelabur dan syarikat Malaysia yang mencari peluang lebih baik di rantau ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CGS International Carol Fong berkata pihaknya telah menetapkan sasaran untuk menggandakan hasilnya kepada S$700 juta (RM2.45 bilion) menjelang 2030 dan menyasarkan untuk menjadi bank pelaburan terkemuka dan bertaraf dunia di Asia.

“Sejak 2022, kami telah memacu CGS International ke arah perniagaan yang pelbagai dan mampan.

Kami telah membina rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif, termasuk penyelesaian kekayaan, perbankan pelaburan (IB) dan pengurusan aset,” katanya.

Fong berkata pada 2023, CGS International telah menyelesaikan lebih 40 urus niaga IB dan sepanjang 1.5 tahun lepas, mendapat lesen IB dalam MIST.

“Kami juga berjaya mendapat lesen pengurusan aset di Singapura, Malaysia dan Thailand.

“Pencapaian ini adalah gambaran kecil daripada skala matlamat kami dalam kami meluaskan cadangan nilai asas kami,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.