ARTIKEL

Operasi kedai makan masih lengang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Walaupun premis makanan kini dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in’ atau makan di restoran, namun sambutan masih kurang menggalakkan pada hari pertama pelaksanaannya, di sekitar bandar raya ini.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati, masih banyak meja dan ruang kosong di kedai makan, manakala sebahagian pengusaha restoran belum beroperasi seperti biasa.

Menurut pekerja RJ Cafe, Aniah Dahari, pihaknya hanya mula menerima pelanggan pada Sabtu, meskipun dimaklumkan operasi makan di restoran dibenarkan Jumaat.

“Hari ini (Jumaat), kami hanya melakukan pembersihan dan mengemas beberapa ruangan sebagai persediaan menerima pelanggan kelak.

“Sebenarnya, kami juga tidak sabar melayan pelanggan seperti sediakala, namun semua harus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan tegas,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurut Aniah, sepanjang PKP dikuat kuasa sejak 1 Jun lalu, kedai makan mereka kurang mendapat sambutan meskipun menawarkan makanan bungkus untuk dibawa pulang.

“Selain kurang tempahan daripada pelanggan, sebagai pekerja kami juga kurang semangat melakukan tugas seperti biasa susulan kapasiti pekerja dihadkan.

“Dengan pengumuman terbaharu pada 14 Julai lalu, kami gembira kerana langkah ini sedikit banyak mungkin memulihkan semula pendapatan yang terjejas selama ini,” katanya lagi.

Aniah berkata, pihak RJ Cafe turut menegaskan pematuhan SOP ketat kepada semua pelanggannya bagi memastikan keselamatan semua pihak terjaga.

“Meskipun pelanggan digalakkan menikmati makanan di dalam premis, namun kami berharap pelanggan sentiasa mematuhi garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.

“Dengan itu, operasi di kedai makan berjalan lancar serta dapat memulihkan semula ekonomi, selain usaha berterusan memutuskan rantaian pandemik yang melanda,” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi tinjauan di King Centre Green Food Corner, didapati beberapa gerai sudah dikunjungi pelanggan, namun masih terdapat pengusaha kedai makan yang belum beroperasi.

Suasana masih lengang dan kebanyakan meja makan di situ juga tidak dipenuhi pelanggan seperti sebelum ini.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau