ARTIKEL

JPJ Miri melaksanakan sekatan jalan raya sempena operasi khas di Kilometer 5, Jalan Miri-Bintulu semalam.

Operasi khas JPJ Miri keluarkan 90 notis tidak patuh lalu lintas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebanyak 90 notis ketidakpatuhan jalan raya dikeluarkan menerusi operasi khas yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri di Kilometer 5, Jalan Miri-Bintulu semalam.

JPJ Negeri Sarawak dalam kenyataan di Facebook hari ini berkata, operasi tersebut yang bermula 7 malam hingga 12 tengah malam melibatkan 20 pegawai dan anggota dari Unit Operasi JPJ Miri.

“Dalam operasi dijalankan ini, sebanyak 90 notis ketidakpatuhan jalan raya dikeluarkan seperti tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta kesalahan teknikal yang lain seperti pemasangan aksesori yang berbahaya.

“Selain itu, turut disita ialah dua motosikal, sebuah kereta dan sebuah pikap atas kesalahan LKM tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, JPJ Negeri Sarawak menyatakan tujuan operasi ini diadakan untuk menyasar pelbagai kesalahan oleh pengguna jalan raya serta meningkatkan pematuhan kepada peraturan jalan raya.

“Melalui operasi ini juga, JPJ memastikan setiap kenderaan di jalan raya selamat digunakan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Baca lain  Kisah gadis misteri, Kelidieng menari

“Di samping itu, ia juga membantu memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya berkaitan keselamatan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan dan kematian di jalan raya,” jelasnya.

Pemeriksaan ke atas motosikal serta penggunanya oleh pegawai dan anggota JPJ Miri

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan