Trending

Operasi nyahcemar di premis MDS dipergiatkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) melaksanakan sanitasi nyahcemar dan disinfeksi di kawasan premis di bawah jagaannya dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Pengerusi MDS, Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, operasi masing-masing melibatkan tujuh pasar tamu dan tandas awam di sekitar Sarikei.

Antaranya termasuklah pasar sentral, tamu sentral, pusat penjaja Sungai Nyelong, Sungai Sarikei , pasar Sungai Rejang, medan selera dan pusat jualan buah-buahan yang baharu.

“Tandas awam milik MDS pula meliputi tandas di Jalan Bank, Medan Selera, Jalan Abdul Rahman, Taman Tasik, Jalan Nyelong , Nyelong Hawker Central dan Tandas Awam Maket Sentral termasuk kemudahan pengangkutan awam iaitu Terminal bas di Jalan Bank dan Nyelong Bypass, Terminal Express Terminal Satu dan Terminal Dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha itu juga bertujuan memelihara premis tersebut supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan mencegah sebarang risiko yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Katanya, aktiviti sanitasi dan disinfeksi itu dilakukan oleh pasukan nyahcemar Bahagian Kesihatan Awam MDS yang terdiri daripada 14 orang kakitangan MDS.

“Aktiviti secara rutin ini dilakukan pada  Rabu dan Selasa bermula pukul 2:00  hingga 05:00 petang bagi semua tempat kecuali Pejabat MDS pada Jumaat.

“Bagi taman awam iaitu Taman Awam Nyelong (Nyelong Esplanade), Rejang Esplanade, dan Taman Tasik Sarikei pula dilakukan secara berkala atau mengikut  keperluan semasa,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru