Operasi Pasar malam Metrocity di tangguh sementara

KUCHING: Pasar Malam Belia N6 Metrocity diarahkan tutup mulai Jumaat lalu susulan peningkatan jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Penjaja Petra Jaya Mohamad Khairuzie Bolhassan berkata, pihaknya akan membincangkan semula isu tersebut dengan pihak berkuasa, bagi menentukan tarikh pembukaan semula operasi seterusnya.

Menurutnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) turut memaklumkan semua operasi premis di zon merah perlu mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

Mohamad Khairuzie Bolhassan

“Untuk itu, saya akan bertemu dengan Ketua Polis Gita untuk mengadakan perbincangan dengan mereka, berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, pihak persatuan juga di galak mendapatkan kebenaran bertulis daripada JPBN atau majlis tempatan untuk memudahkan mereka mendapat kebenaran untuk beroperasi kepada orang ramai.

“Sebelum menerima surat kelulusan ‘hitam putih’ daripada pihak berkuasa, kami tidak berani membuka pasar malam seperti biasa,” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa penutupan pasar malam itu pasti memberi kesan kepada golongan peniaga kecil yang bergantung sepenuhnya terhadap sumber berniaga di pasar malam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Apr 2021

Suara Sarawak