ARTIKEL

MASIH MARAK... Pihak bomba berusaha memadamkan api kebakaran di Ladang Sawit Woodman Sungai Adong di sini hari ini yang memasuki hari kelima.

Operasi pemadaman kebakaran belukar memasuki hari kelima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Pasukan bomba meneruskan operasi pemadaman kebakaran belukar pada hari kelima di Ladang Sawit Woodman Sungai Adong di sini, hari ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pelbagai teknik pemadaman digunakan sejak beberapa hari lalu bagi mengawal dan memadam kebakaran ini.

MASIH MARAK… Pihak bomba berusaha memadamkan api kebakaran di Ladang Sawit Woodman Sungai Adong di sini hari ini yang memasuki hari kelima.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua pam, satu pam bomba dua aliran, satu aliran 200 kaki ‘fix monitor’ dan satu aliran 300 kaki tiga nozel.

“Selain itu, pam dari syarikat NAIM satu pam satu aliran dua nozel 300 kaki kedua-dua pam menggunakan punca air terbuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di samping itu katanya, pemadaman dari udara turut dilakukan iaitu dengan menggunakan pesawat bomba dan Bombadier Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan menggunakan teknik ‘water bombin’g ke kepala api.

“MI17 Bomba telah melakukan 27 ‘dumb water bombing’ bersamaan 43,200 liter air dan Bombadier APMM telah melakukan lima kali ‘bombin’g bersamaan 30 tan air sepanjang operasi hingga ke hari ini.

“Bagaimanapun, masih terdapat satu kepala api yang masih aktif, dan justeru itu teknik pemadaman ‘water bombing’ dan ‘direct attack’ akan terus dijalankan esok hari,” katanya.

Sementara itu, teknik ‘fire break’ menggunakan jengkaut berjaya membantu menyekat dan menghentikan pencemaran asap.

Anggaran keluasan kemusnahan akibat kebakaran hingga setakat ini adalah 110 ekar, dan 80 peratus kebakaran berjaya dipadamkan, manakala 20 peratus kebakaran masih aktif.

Operasi ditangguhkan ke esok hari atas arahan ketua balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU