ARTIKEL

Operasi pematuhan SOP bertujuan menjaga kepentingan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Polis mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi strategik sekitar bandar ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitendan Awang Arfian Awang Bujang berkata, setakat ini, Polis memberi tumpuan ke atas tiga lokasi utama iaitu, Jalan Repok, Kilometer 12 Jalan Sarikei Saratok dan Jalan Meranti.

Operasi itu katanya, bertujuan memastikan orang ramai mematuhi garisan panduan (SOP) yang ditetapkan.

“Selain itu, kita juga mengadakan sebanyak lima pemeriksaan mengejut ‘snapcheck’ dengan melibatkan penyertaan sekurang-kurangnya 90 orang anggota,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan itu meliputi kawasan seperti Jalan Getah, Jalan Nyelong Bypass, Jalan Masjid Baru, Jalan Repok dam Jalan Baji Sentebu.

Menurutnya, penguatkuasaan yang dijalankan itu bukan bertujuan menyusahkan orang ramai sebaliknya, sebahagian usaha untuk membendung jangkitan wabak Covid-19.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP dan tidak keluar rumah jika tiada kepentingan dan urusan penting.

“Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.