ARTIKEL

Operasi pembenihan awan di Sarawak hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi Pembenihan Awan (OPA) kini dilaksanakan di Sarawak pada tengah hari ini, bagi menangani masalah jerebu.

Ia membabitkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bekalan Air Labuan.

“Lokasi pembenihan awan adalah di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman dan Betong,” kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Mejar(PA) Ismail Mahedin.

Sementara itu, bilangan tompok panas di Kalimantan meningkat dua kali ganda setakat jam 12 tengah hari ini, kepada 1,605 berbanding 736 semalam.

Manakala sebanyak 637 tompok panas dikesan di Sumatera selain lima di Sarawak iaitu di Sri Aman.

Sri Aman juga masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat iaitu 156 dan IPU di bahagian-bahagian lain pada paras sederhana.

 

 

Persediaan pelaksanaan OPA di Sarawak, pada tengah hari ini.

 

Bilangan tompok panas di Kalimantan meningkat dua kali ganda kepada 1,605 setakat tengah hari ini.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di