ARTIKEL

Khairul Najib Ibrahim ketika ditemui semasa Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Pangkalan Udara Kuching di sini, hari ini. | FOTO: UKAS

Operasi pembenihan awan Sarawak dilanjutkan hingga 7 September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Sarawak dilanjutkan sehingga 7 September ini dengan tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Batang Ai, Bakun dan Murum susulan paras air yang masih rendah di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Sarawak, Khairul Najib Ibrahim berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meluluskan pelanjutan operasi selama dua hari selepas OPA yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 5 September.

Jonny Wong Kwei Ji ketika ditemui. | FOTO: UKAS

Katanya, operasi sebelum ini berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan, termasuk Murum, Bakun, Serian dan Batang Ai, namun jumlah hujan yang diterima masih belum mencapai tahap yang diharapkan.

“Memang berlaku hujan, tetapi tidak banyak kerana kebanyakan awan bergerak ke sebelah negara jiran disebabkan angin yang agak kuat pada masa itu.

Sekitar rakaman ketika Operasi Pembenihan Awan (OPA). | FOTO: UKAS

“Kebanyakan awan yang kita lakukan pembenihan awan bergerak merentasi sempadan ke negara jiran, jadi hanya sedikit sahaja yang turun di Batang Ai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa OPA di Pangkalan Udara Kuching di sini, hari ini.

Sekitar rakaman ketika Operasi Pembenihan Awan (OPA). | FOTO: UKAS

Khairul menjelaskan, faktor keadaan awan dan cuaca turut mempengaruhi keberkesanan operasi sehingga menyebabkan hujan tidak dapat dihasilkan di beberapa kawasan yang disasarkan.

Sehubungan itu, beliau berharap keadaan atmosfera sepanjang tempoh pelanjutan operasi lebih sesuai bagi membolehkan usaha pembenihan awan memberi hasil lebih baik, khususnya di kawasan tadahan empangan.

“Kita berharap dalam masa dua hari ini, operasi kita berjaya dan kita beri tumpuan pada kawasan sekitar Batang Ai dan kawasan-kawasan tadahan empangan di Sarawak ini.

“Pendekatan itu penting bagi menyokong industri tempatan kita dan juga penggunaan domestik serta industri di Sarawak,” ujarnya.

Turut mengikuti operasi berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datuk Felicia Tan Ya Hua yang meninjau pelaksanaan OPA serta situasi semasa di kawasan empangan terlibat.

Sementara itu, Naib Presiden Hidro Sarawak Energy, Jonny Wong Kwei Ji memberitahu, paras air Empangan Murum masih menunjukkan trend penurunan sekali gus memerlukan OPA diteruskan.

Menurutnya, Empangan Murum dan Bakun kini menghampiri tahap ‘Emergency Level 1’, manakala Empangan Batang Ai telah mencapai ‘Emergency Level 3’.

Jelasnya lagi, Empangan Batang Ai menjadi antara tumpuan utama operasi kali ini berikutan paras airnya yang kritikal, dengan bacaan 98.19 meter di atas aras laut (mASL) direkodkan.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU