ARTIKEL

Operasi SAR kanak-kanak 12 tahun dikhuatiri lemas di Sebuyau diteruskan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di Jalan Giat Mara di sini pada Ahad lepas diteruskan pada jam 10 pagi tadi.

Komander Operasi, PPgB Nazari Harun, berkata operasi yang memasuki hari ketiga itu dijalankan dengan pencarian di tebingan serta di laut dan sungai berdekatan dengan lokasi Mohamad Aidil Fiqrie Mohamad Rafik,12, dilaporkan lemas.

Operasi SAR Mohamad Aidil masih dijalankan.

“Pencarian melalui darat dengan anggaran jarak pencarian dua kilometer (km) dari lokasi terakhir Mohamad Aidil dikhuatiri lemas oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan serta pelbagai agensi lain yang turut serta,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naziri, pencarian melalui sungai pula dilakukan dengan anggaran jarak 6km di seberang jeti Sebuyau menggunakan kaedah ‘surface’ di sepanjang tambak sungai.

Katanya lagi, anggota Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) serta polis melakukan pencarian menggunakan bot di sebelah hulu lokasi Mohamad Aidil dikhuatiri lemas.

Setakat laporan ini ditulis, operasi SAR masih dijalankan.

Pada Ahad lepas, BBP Simunjan telah menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 9.30 pagi, dan berdasarkan laporan polis, Mohamad Aidil kali terakhir dilihat berpakaian ‘t-shirt’ lengan pendek warna coklat dan seluar panjang warna hitam.

Menurut laporan, Mohamad Aidil dikatakan telah keluar dari rumah dengan kawannya pada hari kejadian.

Terdapat maklumat yang menyatakan mangsa ada kelihatan bermain di benteng tepi laut Jalan Giat Mara Sebuyau.

Usaha pencarian awal telah dilakukan di sekitar kampung Sebuyau namun mangsa masih belum dijumpai hingga jam 3 petang tadi.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU