ARTIKEL

Operasi SAR Mohd Aidil disambung semula esok.

Operasi SAR Mohd Aidil Fiqrie ditangguhkan, sambung esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di Jalan Giat Mara di sini pada Ahad lepas ditangguhkan dan akan disambung esok hari.

Komander Operasi, PPgB Nazari Harun, berkata operasi yang memasuki hari ketiga hari ini dijalankan dengan pencarian di tebingan serta di laut dan sungai berhampiran lokasi Mohamad Aidil Fiqrie Mohamad Rafik, 12, dilaporkan lemas.

“Pencarian melalui darat dijalankan dengan anggaran jarak pencarian dua kilometer (km) dari lokasi terakhir Mohamad Aidil dikhuatiri lemas oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan serta pelbagai agensi lain yang turut serta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Naziri, pencarian melalui sungai pula dilakukan dengan anggaran jarak 6 km di seberang jeti Sebuyau menggunakan kaedah ‘surface’ di sepanjang tambak sungai.

Katanya lagi, anggota daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta polis melakukan pencarian menggunakan bot di sebelah hulu lokasi Mohamad Aidil dikhuatiri lemas.

Pada Ahad lepas, BBP Simunjan telah menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 9.30 pagi dan berdasarkan laporan polis, Mohamad Aidil kali terakhir kelihatan berpakaian ‘t-shirt’ lengan pendek warna coklat dan seluar panjang warna hitam.

Menurut laporan, Mohamad Aidil telah keluar dari rumah bersama kawannya pada hari kejadian.

Terdapat maklumat yang menyatakan mangsa kelihatan bermain di benteng tepi laut Jalan Giat Mara Sebuyau.

Usaha pencarian awal telah dilakukan di sekitar Kampung Sebuyau namun mangsa masih belum dijumpai setakat petang tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU