ARTIKEL

SAR…Operasi SAR Minu yang dijalankan semalam.

Operasi SAR warga emas di Sungai Rayu diteruskan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Rayu, Jalan Selang di sini Rabu lepas akan disambung semula, hari ini.

Menurut Komander Operasi, TPgB II Latiff Iring, operasi SAR yang dijalankan semalam menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan jarak 1 kilometer (km) ke hulu dan ke hillir dari lokasi terakhir Minu Khien, 79, dilaporkan hilang.

“Operasi pada sebelah petang turut dihadiri pasukan khas unit K9 Bomba dengan keluasan pencarian ditambah kepada 3 km ke hulu dan ke hilir sungai.

“Bagaimanapun, belum ada penemuan baharu mengenai kehilangan mangsa dan operasi ditangguhkan pada jam 5.30 petang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada Rabu lalu, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 1.55 petang dan mengerahkan pasukan BBP Petra Jaya ke lokasi.

Setibanya pasukan di sana, kakitangan bomba bersama pihak kampung membuat pencarian awal menggunakan bot penduduk di sekitar kawasan dipercayai lokasi serangan.

Sementara menurut laporan, Minu Kin dilaporkan keluar bersama anak saudaranya, Jimmy di kawasan Sungai Rayu untuk mencari lokan pada jam 8 pagi.

Berdasarkan keterangan Jimmy, kemungkinan mangsa telah dibaham buaya kerana terdapat kesan darah dan kesan tapak kaki dijumpai di kawasan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU