SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Operasi tadika swasta dinilai semula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Fatimah Abdullah

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) akan membuat keputusan berhubung penutup operasi tadika swasta di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata perkara itu akan dibincangkan dalam satu mesyuarat jawatankuasa dalam masa terdekat.

Kata Fatimah, keputusan tersebut di buat dengan melihat kepada senario Covid-19 di Sarawak seperti bilangan kes dan kadar positif dalam populasi.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk berbuat sedemikian agar kita dapat mengambil tindakan drastik untuk memutuskan rantaian ini.

“Dengan itu, JPBN akan membuat keputusan dengan sewajarnya kerana apa sahaja keputusan yang di buat adalah keputusan bersama,” jelasnya dalam sidang media selepas menyempurnakan kempen keselamatan kebakaran di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Sarawak, Jalan Setia Raja, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media mengenai keputusan Kementerian Pendidikan menutup semua tadika dan pusat jagaan swasta mulai hari ini sehingga 6 Jun.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru