ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Operator wanita mengaku bersalah jalankan aktiviti judi tambah nilai dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang operator judi wanita dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menjalankan aktiviti judi tambah nilai dalam talian di khalayak ramai di kaki lima sebuah premis di Bandar Baru Samariang, September lalu.

Dai Siaw Hung, 34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Judi Rumah Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, pengadu  merupakan pegawai polis mengetuai pasukannya membuat serbuan Ops Dadu di kaki lima sebuah kedai tidak bernama.

Hasil serbuan berjaya menangkap seorang wanita yang sedang menjalankan judi atas talian tambah nilai menggunakan aplikasi Whatsapp.

Barang-barang kes turut dirampas seperti sebuah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM110.

Hasil siasatan, laporan pakar judi mengesahkan barang kes iaitu seunit telefon bimbit positif digunakan untuk aktiviti perjudian.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU