ARTIKEL

OPR kekal 3 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus untuk menunggu maklumat terperinci mengena irancangan rasionalisasi subsidi bahan api dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dijadualkan berlangsung esok (9 Mei), kata CIMB Treasury and Markets Research.

Ia juga menjangka dasar monetari kekal pada status quo dan mengekalkan unjuran OPR akhir 2024 sebanyak 3.00 peratus.

“Kami menjangkakan BNM akan mengesahkan pendirian bergantung kepada data esok sementara menunggu maklumat terperinci mengenai rasionalisasi subsidi dalam persekitaran inflasi yang baik akibat kenaikan tarif elektrik dan air serta kenaikan cukai perkhidmatan pada suku pertama 2024,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

CIMB Treasury and Markets Research berkata pengeluaran daripada Akaun 3 (Akaun Fleksibel) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan kenaikan gaji penjawat awam akan meningkatkan penggunaan swasta.

Mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), firma penyelidikan itu mengulangi unjuran pertumbuhan 2024 sebanyak 4.9 peratus, disokong oleh kesan daripada kenaikan gaji kakitangan awam.

Baca lain  PUSPEN Kota Bharu bakal komersialkan maruku Jun depan

Selain itu, unjuran aliran keluar sebanyak RM25 bilion daripada Akaun 3 KWSP pada tahun pertama mungkin menyumbang 0.5 mata peratusan kepada pertumbuhan KDNK, manakala kenaikan gaji penjawat awam mungkin menambah 0.2 mata peratusan.

“Kesan kepada penggunaan berkemungkinan lebih besar kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keutamaan terhadap kenaikan gaji, antara 25 hingga 30 peratus bagi mereka yang berada dalam gred rendah atau kumpulan berpendapatan rendah yang berkemungkinan membelanjakan bahagian lebih tinggi daripada pendapatan tambahan yang diperoleh,” katanya.

CIMB Treasury and Markets Research berkata kumpulan B40 dan M40 memegang 1.0 peratus dan 17 peratus daripada jumlah simpanan KWSP masing-masing pada RM11 bilion dan RM180 bilion berbanding 82 peratus saham golongan T20 atau RM897 bilion. – Bernama 

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Isuzu D-Max 2024 kini di pasaran

KUCHING: Isuzu D-Max terbaharu kini di pasaran dengan penampilannya yang dipertingkatan, termasuk aliran udara untuk memastikan kecekapan aerodinamik, sekali gus menjadikannya lebih jimat bahan api.

Tarik pelancong bernilai tinggi

KUCHING: Menerusi Program SarawakMalaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) yang dimulakan sejak 2007. Setakat hari ini Sarawak meluluskan seramai 2,462 peserta melibatkan golongan rakyat atasan dan profesional dari beberapa negara maju.

Sasar keluasan 200,000 hektar ladang getah

KUCHING: Lembaga Perindustrian Getah Sarawak (SARIB) menyasarkan untuk memiliki sehingga 200,000 hektar ladang getah dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 108,000 tan metrik sebulan. Menteri Industri Makanan,

BERITA TERBARU

AMBIL SERIUS LUAHAN PETUGAS KESIHATAN – CUEPACS

KUALA LUMPUR: CUEPACS menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital kerajaan ketika ini. Presidennya Datuk Dr