ARTIKEL

Ops CARILAMAT seorang kru kapal tangki hilang ditamatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Anggota Bomba melakukan pencarian di kawasan tepi pantai.

BINTULU : Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) menamatkan operasi pencarian seorang krew kapal tangki yang hilang selepas tidak menemui petunjuk baharu, pada jam 5 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim, Mohd Khairol Anuar Saad berkata, keputusan untuk menamatkan Ops CARILAMAT itu dibuat setelah tiada sebarang penemuan petunjuk sepanjang tiga hari operasi dijalankan.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, APMM, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad.

Katanya, jumlah keluasan pencarian sepanjang tiga hari itu seluas 695.85 batu nautika persegi yang meliputi perairan Samalaju, Beting Nyalau dan sekitar pelantar minyak.

“Operas turut dibantu melalui udara oleh Unit Udara Bomba tidak menemui sebarang petunjuk seperti tompokan minyak dan barang terapung milik kapal Banga Dua di sektor lokasi pencarian,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, mangsa Himanshu Kumar, lelaki warga India dilaporkan hilang pada 1 Julai lepas pada kedudukan 40.2 batu nautika barat laut Bintulu, pakaian terakhir mangsa adalah baju hitam putih, seluar panjang berwarna gelap dan mangsa dikatakan memakai jaket keselamatan oleh tiga mangsa lain yang terselamat.

Mohd Khairol berkata, pelbagai aset kerajaan digunakan sepanjang Ops CARILAMAT iaitu Helikopter MI171 (Unit Udara Bomba), KM SETIA (Maritim Malaysia), bot PSC 56 dan bot PGR 32 (Pasukan Polis Marin) dan bot cari pantai (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) serta turut dibantu oleh aset dari pihak Pelabuhan Samalaju, Petronas dan Shell Bintulu.

Manakala pencarian di kawasan pesisir pantai katanya, turut dilakukan anggota yang terlibat di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC)di Pelabuhan Samalaju.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Unit Udara Bomba (UUB) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) serta semua yang terlibat.

“Maritim Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pelabuhan Samalaju kerana memberikan kebenaran untuk menubuhkan PHC di dalam kawasan pelabuhan dan juga memberi bantuan aset bot keselamatan bagi membuat pencarian di kawasan had pelabuhan, Pelabuhan Samalaju,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan