Ops Ekzos: 34 penunggang disaman

KUCHING: Seramai 34 penunggang motosikal dikenakan saman ubah suai ekzos hasil Ops Ekzos di seluruh negeri Sarawak dalam tempoh lapan jam, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, jumlah tersebut merangkumi operasi hari pertama yang dilakukan di tujuh daerah iaitu Kuching, Serian, Marudi, Lawas, Bau, Padawan dan Limbang.

Menurutnya, daerah Kuching merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu sebanyak 15 saman hasil pemeriksaan terhadap 92 buah kenderaan termasuk kereta dan motosikal.

“Manakala Padawan di tangga kedua iaitu sebanyak lapan saman dikeluarkan, diikuti Limbang empat saman, Serian (3), Bau (2), Marudi dan Lawas masing-masing satu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Suara Sarawak